Wednesday, October 7, 2009

BEKALAN PARA DA'I - BAHAGIAN PERTAMA (RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Firnam Allah S.W.T.:

Alif lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja
untuk
mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji
lagi?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.
Surah Al-'Ankabut: Ayat 1-3


Rasulullah S.A.W bersabda:
Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu.

Sabda Baginda lagi:
Sesungguhnya Allah S.W.T, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah S.W.T) Barangsiapa ynag benci (maka) baginya kemurkaan Allah S.W.T.

Dalam mengharungi liku-liku perjalanan atau perjuangan ini, kalaulah seseorang itu tidak berada di bawah lindungan Allah S.W.T. iaitu tidak berhubung terus denganNya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada kitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya dia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.

Rasulullah S.A.W. telah meramalkan dugaan-dugaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para mukmin, da'i dan Mujahid yang berjuang di jalan Allah S.W.T. dengan sabda Baginda:
Orang mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah :

  1. Mukmin yang dengki padanya
  2. Munafiq yang benci kepadanya
  3. Kafir yang memeranginya
  4. Syaitan yang menyesatkannya
  5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


Bersambung...



No comments:

Post a Comment