Monday, February 28, 2011

GANJARAN WANITA SOLEHAH


Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

WANITA SOLEHAH ADALAH SEINDAH HIASAN DI DUNIA

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SEBAGAI CETUSAN FIKIRAN...

Soalan di bawah telah membuatkan saya berfikir dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan jawapannya. Apa-apa pun, ini adalah sebagai senaman minda sahaja. Soalannya adalah:


Mahad ingin membeli kasut berharga RM97 tetapi tidak mempunyai wang. Mahad telah meminjam wang daripada ibunya RM50 dan  abangnya RM50. Sekarang Mahad mempunyai RM100.
Mahad telah membeli kasut itu dan baki duit Mahad adalah RM3. Mahad memulangkan RM1 kepada ibunya dan RM1 kepada abangnya.
Sekarang hutang Mahad dengan ibunya RM49 dan abangnya RM49. Di dalam tangan Mahad ada RM1.
Masalahnya RM49+RM49=RM98 dicampur RM1 dalam tangan Mahad kesemuanya adalah RM99. Di mana lebih RM1 lagi??


FIKIR.. JANGAN TAK FIKIR...  :))

Sunday, February 27, 2011

WANITA MERUPAKAN AMANAH ALLAH...

Buku Muslimat Pencorak Masyarakat oleh Asiah 'Ali


Sebelum kedatangan Islam, masyarakat dunia menilai wanita sebagai masyarakat kelas dua atau menganggap golongan wanita sebagai 'barang-barang yang boleh dijual beli'. Sebagai contoh masyarakat Hindu menganggap penyakit-penyakit yang menular, kematian, kesakitan, racun dan api lebih baik daripada kaun wanita.


Dalam keadaan kucar-kacir dan manusia ketandusan pedoman keadilan, Islam datang membawa obor baru ke dalam kehidupan wanita membebaskan manusia daripada belenggu jahiliyah dan cengkaman adat yang hina. Kedatangan Islam telah membawa sinar baru kepada kaum wanita dan meletakkan mereka di tempat yang sebenarnya, mempunyai peranan dan fungsi sebagai khalifah Allah selaras dengan kejadiannya.


Islam telah memberikan hak untuk hidup sebagai seorang manusia dan hamba Allah di muka bumi ini. Sebagai hamba Allah wanita akan dipertanggungjawabkan dengan tangunggjawab 'aqidah dan mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan mereka.


Kaum wanita tidak akan dipertanggungjawabkan dengan dosa-dosa dan kejahatan yang dilakukan oleh suami mereka. Secara tegasnya wanita sebagai seorang manusia yang menpunyai hak dan peranannya tersendiri yang tidal boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Wednesday, February 23, 2011

Takut kepada ALLAH..

Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang  memperhatikan apa yang diusahakan besok (hari Kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata, " Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."

Pertama : Pada lisannya
  • Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah (mengumpat), menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua: Pada hatinya
  • Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda:
         "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.

Ketiga: Pada pandangannya
  • Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengmabil ikhtibar. Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat."

Keempat: Pada perutnya
  • Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."

Kelima: Pada kedua tangannya
  • Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata:
"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh irbu pondok. Tidak ada boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolakknya kerana takut kepada Allah."

Keenam: Pada langkah (kakinya)
  • Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
Ketujuh: Terlihat pada ketaatannya
  • Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik. 
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." 

Pernah tak kita terfikir adakah ketujuh-tujuh tanda ini ada pada kita sekarang. Walaupun taat itu disiratkan dalam hati. Adakah kita sebagai umat Islam yang membawa risalah Nabi Muhammad SAW ini telah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah.. Renungkan bersama...

Monday, February 7, 2011

Mencari Redha ILAHI


Salam ukhwah... Sudah lama tidak diupdate blog yanng tak seberapa nie...

Dalam menempuhi hidup sebagai seorang penuntut di sebuah IPT, diri ini terasa sangat jauh dengan Allah bilamana masa banyak dihabiskan untuk mengejar kejayaan di menara gading dan masa bersama kekasih hati tidak diluangkan...
Ya Allah... Sesungguhnya diri ini sangat-sangat mencari redha dariMU... Ya Allah...

Nama yang selalu disebut-sebut oleh setiap umat Islam
Namun, adakah kita berusaha untuk mencari redhaNYA....




usaha penting dalam mencari keredhaanNYA... hidayah itu perlu dicari dan keredhaan daripada kekasih Yang Satu perlu digapai... Hanya Allah Yang Satu yang Maha Mengetahui akan segala yang tersirat di dalam isi hati hamba-hambaNYA...