Sahabat... Ertinya seseorang yang mengenali dir kita, seseorang yang mahu menunjukkan di mana letaknya kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya, seseorang yang tidak menumbuhkan perasaan negatif dalam hati jua jiwa sahabatnya, seseorang yang tidak akan berbicara kasar apabila bercakap dengan sahabatnya dan seseorang yang tidak akan membuat jiwa sahabatnya menjadi miskin jua negatif kerana dia tidak akan membuatkan kita ini jauh daripada Allah SWT...
5 Cara Pilih Sahabat
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
Sukarnya untuk mencari sahabat yang sejati yang tahu menilai diri kita. Menceritakan pengalaman yang dihadapi selama bersahabat tidak pernah membuatkan diri ini serik dalam mencari seorang sahabat. Pernah diri ini ditinggalkan sendirian dalam kesusahan menghadapai cabaran hidup tanpa kehadiran sahabat namun itu tidak sama sekali menjadi penghalang untuk terus mencari seorang sahabat.
Kepada sahabat yang pernah terluka, terguris dan terasa hati dengan perbuatan, perkataan juga penulisan daripada diri ini yakni hamba Allah yang hina lagi lemah ini.. Dalam kesempatan nukilan ini, daku memohon beribu-ribu kemaafan sebelum nyawa yang dipinjam ini diambil semula oleh Penciptanya. Sesungguhnya diri ini tidak mahu apabila meninggalkan dunia yang sementara ini dalam keadaan sahabat sangat membenci diri ini kerana apa yanng telah diri ini lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Diri ini hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan jua kesilapan. Daku tidak meminta lebih hanyalah satu kemaafan walaupun sebenarnya diri ini sama sekali tidak layak untuk itu.
No comments:
Post a Comment