Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok (hari Kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata, " Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."
Pertama : Pada lisannya
- Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah (mengumpat), menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua: Pada hatinya
- Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.
Ketiga: Pada pandangannya
- Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengmabil ikhtibar. Rasulullah S.A.W bersabda:
Keempat: Pada perutnya
- Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda:
Kelima: Pada kedua tangannya
- Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata:
Keenam: Pada langkah (kakinya)
- Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
Ketujuh: Terlihat pada ketaatannya
- Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)."
Pernah tak kita terfikir adakah ketujuh-tujuh tanda ini ada pada kita sekarang. Walaupun taat itu disiratkan dalam hati. Adakah kita sebagai umat Islam yang membawa risalah Nabi Muhammad SAW ini telah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah.. Renungkan bersama...
No comments:
Post a Comment