Soalan di bawah telah membuatkan saya berfikir dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan jawapannya. Apa-apa pun, ini adalah sebagai senaman minda sahaja. Soalannya adalah:
Mahad ingin membeli kasut berharga RM97 tetapi tidak mempunyai wang. Mahad telah meminjam wang daripada ibunya RM50 dan abangnya RM50. Sekarang Mahad mempunyai RM100.
Mahad telah membeli kasut itu dan baki duit Mahad adalah RM3. Mahad memulangkan RM1 kepada ibunya dan RM1 kepada abangnya.
Sekarang hutang Mahad dengan ibunya RM49 dan abangnya RM49. Di dalam tangan Mahad ada RM1.
Masalahnya RM49+RM49=RM98 dicampur RM1 dalam tangan Mahad kesemuanya adalah RM99. Di mana lebih RM1 lagi??
FIKIR.. JANGAN TAK FIKIR... :))
No comments:
Post a Comment